Majlis Penyampaian Tanda Pangkat, SBPA, Persaraan dan Pertukaran

Pada 29 Disember 2011, bertempat di Dewan SUKBOM, Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah diadakan Majlis Penyampaian Tanda Pangkat, Penyerahan Borang Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), Meraikan Persaraan Anggota (Mohd Yusof Bin Jamaluddin) dan Perpindahan Pegawai (Mohd Siraj bin Abdullah) bagi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh YS Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, PPjB Saadon Bin Moktar. Tahniah diucapkan kepada penerima tanda pangkat dan selamat bertugas di tempat baru bagi pegawai yang bertukar.

Artikel Penuh : Majlis Penyampaian Tanda Pangkat

 

LATIHAN PENGOSONGAN BANGUNAN JBPMNS

Pada 28 Disember 2011, jam 10.15 pagi bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah dijalankan Latihan Pengosongan Bangunan yang mana ianya mesti dijalankan pada premis-premis kerajaan tidak terkecuali bangunan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan sendiri. Latihan ini membabitkan semua kakitangan yang bertugas di bangunan Ibu Pejabat JBPMNS yang berjumlah 80 orang pegawai.

Artikel Penuh : Latihan Pengosongan Bangunan JBPMNS

Bengkel Pemantapan Penyelia dan Ketua Pasukan JBPMNS

Pada 21 hingga 24 November 2011, telah diadakan Bengkel Pemantapan Penyelia dan Ketua Pasukan bagi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan bertempat di Dewan SUKBOM, Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan. Seramai 60 Pegawai Bomba Kanan dari semua daerah Negeri sembilan telah mengikuti bengkel ini yang mana telah dirasmikan oleh YS Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan, PPjB Saadon Bin Moktar.

Artikel Penuh:Bengkel Pemantapan Penyelia

 

JBPM Negeri Sembilan Johan

KIK Anugerah Inovasi KPKT Kategori Teknikal 2011

Pada 17 November 2011 telah berlangsungnya Anugerah Inovasi Peringkat Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dengan tema "Inovasi Pemangkin Transformasi", bertempat di Dewan Kristal, Bangunan KPKT, Presint 4, Putrajaya. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Chor Chee Heung, Menteri Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat diwakili oleh YAS Timbalan Ketua Pengarah Dato’ Mahadi Bin Md Ali. Kumpulan Progresif Dedikasi (PD) wakil dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah merangkul Tempat Pertama dalam Kategori Teknikal. Tahniah diucapkan kepada semua ahli Kumpulan KIK PD.

Artikel Penuh : JBPM Negeri Sembilan Johan KIK


Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2011

Pada 15-16 November 2011 bertempat di Ruang Legar, Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur telah berlangsungnya Pameran Inovasi Sempena National Innovation Conference and Exhibition (NICE) 2011. Kumpulan Inovatif & Kreatif Progresif Dedikasi (KIKPD) wakil dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan telah dipilih sebagai Finalis Anugerah Inovasi Negara (AIN) 2011 Kategori Perkhidmatan Awam . 

Artikel Penuh : Anugerah Inovasi Negara 2011

 

Page 1 of 8

«StartPrev12345678NextEnd»
Are you looking for the best web hosting? Be a smart buyer and read hosting reviews before choosing a suitable host.

Jumlah Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini647
mod_vvisit_counterSemalam955
mod_vvisit_counterMinggu ini6245
mod_vvisit_counterBulan ini27918

Tarikh Kemaskini

Wednesday 25 January 2012, 15:25

Galeri Aktiviti

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Sembilan

Seremban2, Peti Surat 386, 70300 Negeri Sembilan,

No. Tel : 06-6011900, Fax : 06-6011040, E-mail : ict@bombans.gov.my

Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Hakcipta Terpelihara © 2010 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Negeri Sembilan
PENAFIAN : JBPM Negeri Sembilan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat dalam laman Web Portal ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 dan ke atas atau Mozilla Firefox 3.6 dengan resolusi 1024 x 768

Joomla Themes designed by Joomla Hosting Reviews